Thursday, December 11, 2008

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum wbt

Kalau Malaysia berhari raya Isnin, sama lah kami di Oxford. Walaupun kami tidaklah berapa ramai, tetapi sambutan Hari Raya Aidiladha tetap meriah. Terubat kerindua
n pada keluarga dan sanak saudara di Malaysia. Dalam hal ehwal makanan, kami di Oxford tidak ada masalah. Pelbagai juadah ada; nasi beriani, nasi Arab (ala-ala nasi bukhara), nasi tomato, rendang daging, sambal goreng, lodeh kering, kuah kacang, ayam masak merah, nasi impit, dalca kambing, rendang kambing, laksa asam, 'blueberry cheese cake' dan sebagainya. Semuanya dimasak sendiri oleh warga Malaysia di sini. Walaupun tengah sarat mengandung, saya tetap menyumbang sedikit juadah, sekadar yang termampu.

Solat sunat Aidiladha berjemaah turut diadakan. Alhamdulillah, kali ini berpeluang berjemaah, oleh kerana solat sunat Aidilfitri terlepas tahun ini memandangkan ada tuntutan kuliah di Brookes. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah pada tahun-tahun yang akan datang. AMIN.


Nota : Sila abaikan wajah penulis yang semakin tembam dan 'chubby'.

1 comment:

Anonymous said...

ape lak tembam...marah baby nanti.. tak tembam baby nak makan hape? asalkan pregnancy progress ok, bp ok...no prob kan..
Tak sabar tgu january.. gudluck

Yani