Thursday, October 23, 2008

Wahai Supervisor ku

En J,

Hari ini saya sangat sedih.
Kenapa? Kerana semangat saya sudah semakin letih.
Kenapa? Sebab En J tersangatlah memilih.

Hari ini saya penat.
Kenapa? Kerana semangat saya pun semacam semakin tenat.
Kenapa? Sebab En J cerewet yang amat.

Hari ini saya menangis.
Kenapa? Kerana semangat saya semakin terhakis.
Kenapa? Sebab tiap kali bersemuka dengan En J, hati saya terguris.

Tapi, hari ini juga saya sedar.
Setiap dugaan, ada hikmahnya.
Tabahkan hati, tetapkan jiwa.

Hari ini saya bertekad.
Buat suami, keluarga yang berharap sangat.
Supaya hati ini tidak mudah patah semangat.

Nota : 'Entry' ini sempene hari aku yg agak gelap semlm. Siap ade hujan air mate skali. Mujur Alhamdulillah, ade org tenangkan perasaan tension ni. TQ abang, ayah n mak...

4 comments:

Dr. Sepet said...

inilah 'duri' dalam perjalanan kita buat research. tapi jangan mudah berputus asa, jalan ini masih jauh, liku di depan banyak lagi yang belum pasti, tapi akan tetap juga kena tempuhi. setiap dugaan itu bukan 'free-free', tapi adalah hikmah disebaliknya nanti.

bertahan dan bertabah hatilah. apapun, kita datang berdua untuk cari phd tu, kena saling pastikan kita pulang nanti pun berdua dengan phd tu, insya-Allah.

nadya.s said...

byk bersabar uda..

u can do it, u're tougher then u look babe.

biasa la, mesti ada 1 umut yg mcm ni utk bg trill dalam mencapai cita2 kita.

love, from kak abby n family di raub :)

Anonymous said...

huda.. what happen? anyway.. I wish u all the best. I know you can do it.. I think, this is the process that all of us will go thru in order to see the light at the end of the tunnel.. *i'm having a hard time too.. and i admit, its very tough on me too.. *

Anonymous said...

klu xde dugaan maknenyer xde panambah perise dlm kehidupan..kehidupan jd tawar heber..sbb tu kite slalu kene beringat langit x selalunya cerah..skali kite mendongak ke langit jgn lupe tanah yg dipijak..wif lots of luv..adDa(^_^)..