Friday, October 28, 2011

Perihal mendidik anak

Sekarang ni rasanya ramai bloggers yg menulis ttg anak, keluarga, etc. Kebanyakannya niat utk berkongsi pengalaman, kongsi masalah, bertukar pendapat, terutamanya dalam hal-hal membesarkan anak. Kebanyakan bloggers yg dimaksudkan adalah new mothers, jadi banyak la pengalaman baru yg nak dikongsi. Baguslah, moga kita sama2 belajar.

Saya sendiri baru 2thn 8bulan menjadi ibu. Apa yg boleh saya katakan, saya adalah seorang ibu yg garang, tapi taklah sampai tahap dewa. Saya akan marah Mawaddah kalau dia buat perangai yg pelik2, seperti menjerit2 tanpa sebab, baling2 mainan, baling2 makanan, buat aksi2 yg membahayakan diri sendiri. Kalau dia melawan balik ckp saya, saya akan pukul tgn dia (perlahan) atau cubit peha dia (pon perlahan, bhgn yg byk isi). Selalunya, Alhamdulillah, dia dengar kata. Kalau dia pukul2 or marah2 ayah (or saya) dia, saya akan suruh dia say sorry, salam, peluk dan cium ayah dia smpi dia buat. Alhamdulillah, setkt ni dia masih lg dgr dan menurut kata.

Mawaddah ni bknnya anak yg nakal. Most of the time, dia sgt independent, boleh main sendiri, dan x banyak kerenah. Jarang sebenarnya saya (atau ayahnya) marah2 dia. Dan dia senang adapt to changes, cth dulu dia pakai pacifier, once dia masuk nursery, saya dah x bagi pacifier. Dia ok je, taklah mencari or tanya pasal pacifier dia. Sekarang ni dlm proses minum susu dalam cup, bkn dalam botol. So far Alhamdulillah. Dia pon dah minum fresh milk (jimat duit.. :)), 2 kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur.

Saya merasakan membesarkan anak ni adalah satu proses yang unik; setiap dari kita ada kaedah, teknik, dan value yang berbeza yang kita cuba terapkan dalam diri anak2 kita. Mak ayah kita membesarkan kita dengan cara mereka tersendiri. Kita pulak kena cari kaedah yang sesuai dgn kita, and at the same time belajar dari pengalaman org lain. Setakat ini, kami selesa dengan cara kami. Mungkin akan ada yang berpendapat, kami terlalu berkeras dengan anak, tapi bak kata orang tua2 melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau ada yang x berpuas hati, silalah belek anak saya, kot2 la ada lebam kat mana2. Setakat ini, alhamdulillah, dia masih sihat, happy, ceria, dan nakal mcm kanak2 lain yang sedang membesar.

Saya tak berniat untuk mengajar, cuma berkongsi pengalaman. Yang baik semuanya datang dari Allah, yang kurang baik, itu kelemahan kami sebagai ibu ayah. Kami sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan urusan kami membesarkan Mawaddah dan anak2 yg akan datang. Kami berharap dia akan jadi insan yang lebih baik dari kami. Insya-Allah.







No comments: