Tuesday, June 23, 2009

Kisah Aku & Lisa

Tiada yang lebih sedih bagi seorang ibu melihat anaknya menderita (sakit), walaupun anak itu belum tahu apa erti derita (kesakitan).

Melahirkan anak bukanlah suatu perkara yang mudah, dan aku amat terhutang budi, terhutang nyawa dengan ibuku, bergadai nyawa hanya untuk melahirkan aku yang bila sudah pandai berkata-kata, hanya pandai mengguris hatinya.

Lisa, yang aku kenal dalam jangka masa yang amat singkat, merupakan rakan berbual semasa di John Radcliffe Hospital. Seorang yang sangat rendah diri dan baik hati budinya. Aku menjadi tempat dia meluahkan perasaan bila waktu melawat sudah berakhir. Perasaan sedih dan hiba kerana tidak dapat bersama anak perempuannya yang baru dilahirkan. Tess terpaksa ditahan di wad khas kanak-kanak kerana terpaksa bergantung kepada alat bantuan (photovoltic light, glucose drip, etc). Aku hanya mampu menghulurkan simpati saja. Semua ini kuasa Allah.

Rupa-rupanya Lisa juga seorang peminat novel. Kebetulan dia nampak aku membaca (sebuah buku yang aku pinjam dari hospital, yang kemudiannya aku beli atas tujuan kebajikan). Dia mencadangkan sebuah novel "Those Faraday Girls" karya Monica McInerney. Dia bercadang untuk mengirimkan novel tersebut melalui pos setelah dia dan Tess dibenarkan pulang ke rumah.


Kini sudah hampir 4bulan sejak pertemuan kami di John Radcliffe Hospital. Novel yang dijanjikan telah tiba pagi tadi. Dia masih ingat rupanya. Yang membuatkan aku bertambah terharu ialah kata-kata Lisa dalam suratnya;

"I wanted to say thank you for your very kind note. The day you left was a very difficult one for me as they had to put Tess on the drip again after taking it out. I think I must have gone to sleep when you left, so I'm sorry I didn't say goodbye. Your note did make me feel better though, so thank you..."

Aku harap persahabatan yang terjalin dalam masa yang singkat ini akan berkekalan.

Thank you, Lisa, from the bottom of my heart.

2 comments:

Dr. Sepet said...

tiada rugi berbuat baik kepada orang lain, biarpun orang asing yang berbeza pelbagai segi.

Anonymous said...

salam, uderq..

apa khabar ibu & baby? mesti seronok kan dah ada baby.. comel lg tu.. moga jd anak yg solehah.. btw, ko kat oxfordshire ek? area mana eh? (cheh, mcmle tau kalo ckp.. hehe..) bukan ape.. end of this month aku ade summer meeting kt keble college.. kot2 boleh jumpa ke.. husband ikut skali saje nk jln2.. tp dia dtg kejap jela,xstay smpi aku hbs.. kalo blh nk jmpe, kita calling2 la yek.. email ake idakaz2801@yahoo.com.. okay uderq.. wassalam..
-kaz-..