Tuesday, November 13, 2012

Jalan-Jalan @aquaria KLCC (foto)

Menikmati hari cuti membawa Mawaddah dan Mak Usu berjalan-jalan ke aquaria @KLCC. Mawaddah ingin merasai pengalaman naik pengangkutan awam di Kuala Lumpur, jadi kami memutuskan untuk naik LRT (Damai-KLCC). 

Bilangan pengunjung ramai (cuti sekolah dan dekat dengan cuti umum), tapi masih agak selesa untuk kami ber-4 bergerak. Mula-mula Mawaddah sangat takut dengan haiwan (ikan, serangga, ular, katak dan sebagainya), tetapi di akhir (pertunjukan beri ikan makan) telah mengurangkan sedikit rasa takut dia pada ikan yang hidup. Harga tiket boleh didapati pada laman web Aquaria, dan ada promosi bersempena Cuti Deepavali.


No comments: