Saya dah lama 'hilang' dari arena blogging. Sibuk dengan kerja yang tertunggak, yang semakin hari semakin membukit. Yang tak hilang, penyakit M.A.L.A.S. Hmmmm..
Sebut pasal kehilangan, kawan baik saya Nazirah Abd Rahim, baru saja kehilangan ayahanda tercinta awal bulan lepas. Saya sedih, sebab saya tak dapat bersama dia di saat dia perlukan teman. Tapi saya tahu dia seorang yang tabah dan kuat semangat.
Baru-baru ini, jiran saya (jiran mak ayah saya sebenarnya) kehilangan anak lelakinya. Asalnya, jatuh di bilik air. Mak saya turut trauma, sebab dia nampak wajah Allahyarham yang biru dan pucat terduduk di lantai bilik air. Bantuan ambulans lambat tiba (mereka telefon Sime Darby Medical Centre pada mulanya, tapi ambulans tak ada ketika itu) sebab terpaksa datang dari PJ (ambulans PPUM) dan kemudian sesat cari rumah. Mereka (mak, ayah, jiran-jiran lain) merungut, patutnya ambulans dilengkapi dengan peralatan GPS. Dalam keadaan panik, bukan mudah untuk memberikan maklumat yang tepat. Allahyarham meninggalkan 4 orang anak, termasuk anak bongsu yang baru berusia 4 bulan. Ya, dia sudah pun kehilangan ayah sebelum sempat mengenalinya.
Bukan mudah menghadapi kehilangan orang tersayang. Baik keluarga atau sahabat. Ajal maut ketentuan Allah. Dia yang Maha Mengetahui. Segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Namun, kenyataannya tidak semudah itu. Yang termampu, bersabar dan berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan. Semoga kita redha dengan ketentuanNya.
27 Januari 2011. Kami kehilangan bakal ahli baru keluarga kami. Walaupun hanya berusia 8 minggu (keguguran), kehilangannya tetap kami rasai. Semoga Allah kuatkan semangat kami sekeluarga, dan murahkan rezeki kami. AMIN.
4 comments:
so sorry derque about ur loss..anggap takde rezeki je ok..rindu nak baca update ko..
Uderq, tabahkan hati. InsyaAllah ada rezeki yang lain nnt. :( Mudah nak suruh tabahkan hati, kalau jadi kat diri sendiri tak tahu la mcm mana sedihnya. Salam peluk cium utk Mawaddah.
uderq, be strong. ada hikmahnya tu. Dia lebih tahu.. gogogurl!
thanks kwn2. sy ok, alhamdulillah. yg penting kami akan cube lg. insya-Allah.
sy doakan kwn2 pon sihat, happy selalu. :)
Post a Comment