Hari Sabtu yang lepas, kami ber-5 berkesempatan berkunjung ke kampung Tok 'Nde Mawaddah yang tinggal di Jeram, Kuala Selangor. Tok 'Nde memang dikenali dengan kerajinannya mengusahakan pelbagai kegiatan ekonomi kampung terutama berladang sawit dan menternak (kambing, lembu, itik, ayam kampung dan angsa).
Kesemua aktiviti ini hanya dijalankan di sekitar rumah beliau. Kami pernah membawa Mawaddah ke rumah Tok 'Nde sebelum ini, tetapi mungkin banyak yang dia sudah lupa kerana waktu itu dia masih kecil. Kali ini, kami bawa Mawaddah meninjau-ninjau "zoo mini" milik Tok 'Nde.
Memandangkan "obsesi" Mawaddah adalah bermain telinga, tentulah dia geram melihatkan telinga-telinga kambing belaan Tok 'Nde yang panjang dan "berpotensi" itu!
Telinga kambing yang labuh dan panjang....
Mawaddah menengok anak kambing sedang menyusu...
Atuk pun turut turun padang...
Nanti Mawaddah datang lagi untuk pulas telinga kambing-kambing ni...