She was the 1st royal that I have met and talked to personally, and yet I feel she is the most humble and down-to-earth person and I have nothing but full of admiration towards her.
http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=%2F2011%2F8%2F14%2Fcolumnists%2Fmindmatters%2F9299479&sec=mindmatters
She is such an inspiration.
Bangga dengan Chancellor aku! :)
Monday, August 15, 2011
Saturday, August 13, 2011
Ada apa dengan mimpi?
Hanim memandang ke arah James. Kebetulan, James sedang menghala pandangan ke arahnya, lalu mereka berbalas senyuman. Hatinya suka, "Tak salah kalau aku suka padanya, aku bukannya punya kekasih mahupun suami", kata hati Hanim. James mula mengorak langkah menuju ke tempat duduknya. Hanim rasa tak keruan, malu namun hatinya berbunga-bunga. "Mungkin dia pun sukakan aku," Hanim merasa perasaannya berbalas. Tiba-tiba hatinya teringatkan seseorang. Seseorang yang selalu hanya hadir dalam mimpi. "Kenapa nak diingatkan orang yang belum tentu kewujudannya? James ada di depan mata." Hanim cuba menghapuskan keraguan di hati.
Tiba-tiba bumi terasa bergegar kuat. Semua yang ada mula panik, mereka merasakan bahaya sedang menghampiri mereka. "Hanim, baik kita gerak sekarang, ini sajalah peluang kita untuk selamatkan diri", kata Ani, kawannya yang hanya memerhati sebentar tadi.
"Macam mana dengan James?"
"Hanim, percayalah hati kau sebenarnya sudah dimiliki, dan sudah sampai masanya untuk kau bersamanya kembali,"
Hanim keliru, "siapa yang dimaksudkan Ani? Adakah dia yang aku mimpikan selama ini? Siapa dia sebenarnya, dan benarkah dia yang memiliki cintaku?".
"Mari Hanim, kita tak ada masa lagi." Ani mendesak, gegaran semakin kuat. Kelihatan pasukan penyelamat mula memberikan arahan untuk meninggalkan tempat itu. James sudah tidak kelihatan. Pada ketika itu, Hanim hanya memikirkan keselamatan dirinya.
"Mari Hanim, kita mesti cepat, hanya dia harapan kau sekarang."
"Siapa dia Ani?"
"Nanti kau akan tahu Hanim."
Hanim hanya menurut langkah Ani, yang semakin lama semakin laju. Hanim menoleh, kelihatan bangunan di belakangnya mulai runtuh dan ramai yang bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Langkah Hanim semakin deras mengenangkan nyawanya yang terancam.
"Hanim, cepat! Kita dah nak sampai ni."
"Tapi kita nak ke mana ni, Ani?"
"Tempat yang selamat."
"Kau pasti? Macam mana kau boleh tahu semua ni Ani?"
"Semua persoalan akan terjawab. Kau cuma perlu ikut aku saja sekarang", tegas Ani.
Akhirnya mereka tiba di tempat yang dituju. Kawalan keselamatan tampak ketat, namun mereka dibenarkan masuk, termasuk beberapa pelarian lain yang bersama mereka. Hanim masih dapat mendengar bunyi gegaran yang menghambat dia dan Ani ke sini. Hatinya merasa lega. Dalam masa yang sama, dia merasakan seperti dia kenal tempat ini. Bayangan mimpinya datang kembali. "Tempat apa ini sebenarnya?"
"Hanim, mari. Kita kena jumpa seseorang." Hanim menurut, perasan ingin tahu semakin kuat. Nalurinya kuat mengatakan orang yang dia igaukan selama ini, ada di sini.
"Ani, Alhamdulillah kau selamat." sapa seorang lelaki. Ani pantas memeluk erat lelaki itu. "Siapa dia? Masakan Ani tanpa segan silu memeluk lelaki sebarangan."
"Hanim, ini Ali, suamiku". Hanim terkejut, selama ini dia tidak pernah tahu yang Ani sudahpun berumahtangga,
"Dan ini......" Hanim memandang ke arah lelaki di belakang Ali. Lelaki itu mirip lelaki dalam mimpinya. "Tak mungkin! Siapa dia?" Hati Hanim jadi sayu bila terpandang wajahnya; hatinya terasa dekat dengan lelaki itu.
"Hanim?" Lelaki itu bersuara.
Hanim terkedu. "Macam mana dia tahu nama aku? Siapa dia sebenarnya?!"
"Sudah la Azim, dia masih keliru lagi. Hanim apa kata kau rehatkan diri dulu dalam bilik ini." Ani mencelah, sambil menunjukkan bilik di sebelah kanannya. Hanim menuruti langkah Ani. Sebaik sahaja dia masuk ke bilik itu, dia terpandang sekeping foto di atas meja. Kelihatan dia dan lelaki tadi sangat intim. Hanim bertambah keliru. Lantas dia memejamkan matanya, cuba mencari jawapan dalam benak ingatannya.
"Hanim, Abang rindukan Hanim, Abang tak pernah lupakan Hanim." Kedengaran suara lelaki tadi di belakangnya. Perlahan-lahan Hanim memalingkan tubuhnya.
"Abang? Abang Azim?" Hanim pantas merangkul susuk tubuh yang kini berada dekat dengannya. Air matanya mengalir deras. Inilah cinta hatinya yang dia rindukan selama ini.
________________________________________________________________________________
Pastu, aku terjaga dari tidur. Astaghfirullahalazim! dah pukul 8.00pg rupanya. Ya, semua di atas adalah penceritaan semula mimpi aku (ada la yg aku tokok tambah, nak bagi cerita ni nampak logik dan berstruktur sikit). Macam drama swasta pun ada. Clearly, Hanim or Ani tu bukan aku, dan watak-watak dalam mimpi aku takde kena mengena dengan yang hidup mahupun dah mati. Pure imagination!
Aku frust sebenarnya, sbb x tau sebab apa Hanim & Azim boleh terpisah sebelum tu. Kalau dapat sambung malam ni, best jugak. Heheheh.. (eerr.. mcm mustahil jek..).
-bahana melayan cerita melayu yang melampau..-

Subscribe to:
Posts (Atom)