Saturday, March 09, 2013

Monday, February 25, 2013

Tuesday, November 13, 2012

Jalan-Jalan @aquaria KLCC (foto)

Menikmati hari cuti membawa Mawaddah dan Mak Usu berjalan-jalan ke aquaria @KLCC. Mawaddah ingin merasai pengalaman naik pengangkutan awam di Kuala Lumpur, jadi kami memutuskan untuk naik LRT (Damai-KLCC). 

Bilangan pengunjung ramai (cuti sekolah dan dekat dengan cuti umum), tapi masih agak selesa untuk kami ber-4 bergerak. Mula-mula Mawaddah sangat takut dengan haiwan (ikan, serangga, ular, katak dan sebagainya), tetapi di akhir (pertunjukan beri ikan makan) telah mengurangkan sedikit rasa takut dia pada ikan yang hidup. Harga tiket boleh didapati pada laman web Aquaria, dan ada promosi bersempena Cuti Deepavali.


Sunday, June 24, 2012

Jualan Buku Kanak-Kanak


Untuk menempah, sila nyatakan No. KOD produk. Bilangan buku terhad!







*BKK-06 - sold to Yuda





*BKK-11 - sold to Parg






*BKK-15 - sold to Parg


Friday, June 01, 2012

Antara adat dan sunnah

Sebenarnya, sudah lama ingin menulis tentang isu ini, tapi bila difikir-fikirkan, dengan ilmu yang tak seberapa, ada baiknya saya kepilkan pendapat dan nasihat orang yang lebih arif. Buat tatapan semua, bersama-samalah kita kembali mengimarahkan amalan sunnah Rasullah yang semakin dilupakan. Insya-Allah. 



Masyarakat perlu faham untuk elak khurafat dan syirik
WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Jun 2012


Biar mati anak jangan mati adat. Itulah pepatah sering digunakan nenek atau emak kita apabila berbicara mengenai sesuatu perkara melibatkan adat diamalkan. Bagi masyarakat Melayu, adat menjadi antara pegangan hidup mereka sehingga sanggup mengetepikan darah daging daripada adat.


Adat sebenarnya tidaklah salah diamalkan, tetapi janganlah sehingga perkara karut mengarut dan lari daripada landasan agama mahu terus diamalkan. Jika diteruskan juga amalan dan kepercayaan itu boleh jatuh kepada khurafat serta syirik.


Penceramah bebas, Haslin Baharin berkata, dalam masyarakat Melayu terdapat adat tertentu misalnya lenggang perut, cukur jambul, naik buai sehinggalah ketika tanam uri.


Menurutnya, dalam Islam tidak dinyatakan semua adat berkenaan yang perlu diamalkan selain apa yang termaktub dalam al-Quran dan sunah.


“Adat adalah amalan daripada nenek moyang terdahulu berkaitan dengan budaya masyarakat lain seperti India yang dibawa ke negara ini dan mula diamalkan masyarakat Melayu.


"Apabila ia menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat tersebut, maka untuk membuangnya bukanlah perkara mudah. Ada kalanya, amalan tersebut mendatangkan pergaduhan,” katanya pada Forum Perdana Amalan Syirik dan Khurafat Dalam Konteks Adat Masyarakat Melayu baru-baru ini.


Isu tanam uri 


HASLIN berkata, antara situasi sering berlaku dan boleh menyumbang kepada khurafat adalah kaedah menguruskan uri yang keluar bersama bayi ketika saat kelahiran untuk ditanam.


“Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat ialah menanam uri bersama pensel dan buku serta meletakkan paku dan benda tajam bersama uri yang ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati ‘benda-benda halus’.


“Selain itu, ada juga perbuatan memasang pelita berhampiran tempat tanam uri kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam. Oleh itu amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat dan syirik,” katanya.


Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH tiada mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.


Sesiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Surah An-Nisa’: 48). Haslin berkata, sebenarnya hukum menanam uri bayi adalah harus kerana uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.


“Uri orang Islam juga suci justeru tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing.


“Merujuk kepada amalan sesetengah masyarakat yang membasuh uri tersebut terlebih dahulu dengan asam keping dan garam, saya berpendapat ia harus bagi menghilangkan bau pada uri tersebut,” katanya.


Haslin berkata, satu lagi permasalahan sering dihadapi masyarakat Melayu mengenai upacara dijalankan ketika majlis cukur jambul yang kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.


“Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad SAW. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada  masyarakat India yang beragama Hindu.


“Dalam Islam hanya ada istilah mencukur rambut dan ia digalakkan sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut
baru tumbuh dengan sihat,” katanya.


Sunah Rasulullah


MENGIKUT sunah kata Haslin, apa yang dilakukan Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.


Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.


“Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak hingga botak.


“Sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul hanyalah sebagai adat dan tradisi yang dilakukan sejak turun-temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa,” katanya.


Justeru, katanya, memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.


“Upacara cukur rambut juga tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.


“Oleh itu, masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain,” katanya.


Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini.


Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.


Sumber: Sinar Harian 1 Jun 2012

Monday, May 28, 2012

Singgah @Jeram

Hari Sabtu yang lepas, kami ber-5 berkesempatan berkunjung ke kampung Tok 'Nde Mawaddah yang tinggal di Jeram, Kuala Selangor. Tok 'Nde memang dikenali dengan kerajinannya mengusahakan pelbagai kegiatan ekonomi kampung terutama berladang sawit dan menternak (kambing, lembu, itik, ayam kampung dan angsa).

Kesemua aktiviti ini hanya dijalankan di sekitar rumah beliau. Kami pernah membawa Mawaddah ke rumah Tok 'Nde sebelum ini, tetapi mungkin banyak yang dia sudah lupa kerana waktu itu dia masih kecil. Kali ini, kami bawa Mawaddah meninjau-ninjau "zoo mini" milik Tok 'Nde.

Memandangkan "obsesi" Mawaddah adalah bermain telinga, tentulah dia geram melihatkan telinga-telinga kambing belaan Tok 'Nde yang panjang dan "berpotensi" itu!


Telinga kambing yang labuh dan panjang....

 Mawaddah menengok anak kambing sedang menyusu...

 Atuk pun turut turun padang...

Nanti Mawaddah datang lagi untuk pulas telinga kambing-kambing ni...

Monday, April 30, 2012

27 days later

I left this 27 days ago. 


And, came home to this.


No regrets. 

Though, I wish people could be more considerate;
Give way people!!! 


Be more courteous (and have more patience);
Please wait in line. (Macam die sorang nak cepat sampai..)

Apparently, NO. 

Be more respectful to one another.

I am not at either sides. Personally, it could be handled better.

Despite all the above, home has been, and forever will, where the heart is. 

Malaysia oh Tanah Airku.

Monday, March 12, 2012

Senja yang indah di South Park

Petang ini cuaca cerah. Senja hari ini senja yang indah. Bertiga kami berjalan ke South Park yang terletak berdekatan dengan rumah. Membawa Mawaddah bermain sambil-sambil menghayati keindahan senja di Oxford. Maha Suci Allah di atas penciptaan yang indah ini. 


Nota: Gambar2 yang diambil pada waktu siangnya, boleh berkunjung ke blog Ayah Mawaddah. 






Sunday, February 12, 2012

C.I.N.T.A.

Entri kali ini tiada kaitan dengan Hari Kekasih. Dah lama hendak menulis tentang topik ini, kesempatannya yang tak ada. Inspirasinya datang dari kisah seorang sahabat yang sedang mengenal cinta. Aku tumpang bahagia untuk sahabat ini, yang aku rasakan selayaknya menerima dan mengalami cinta. 

Perkenalannya dengan cinta bermula di alam maya, kemudian menjadi perbualan suara. Masih belum bersua muka, namun hati sudah berbunga-bunga, sudah mula merindu. Dia bahagia, gembira, namun masih ada rasa sangsi sebab belum bertentang mata. Dia bertanya kepada aku; "Boleh ke jatuh 'suka' walaupun belum pernah berjumpa?"

Jawapan aku, "Soal hati, Allah lebih Mengetahui." Mungkin terlalu optimis. Entah. Aku merasakan untuk jatuh cinta atau 'suka' tidak semestinya dengan bersua muka, bertentang mata. Tapi aku tak menolak, perasaan cinta atau suka boleh hilang jika apa yang dilihat secara zahir tidak seperti digambarkan oleh suara. Bukan senang nak jumpa pasangan hidup. Ramai yang mencari, belum tentu jumpa yang berkenan di hati. Kadang-kadang kita terlalu idealis, mahu yang terbaik dalam pelbagai segi, walhal diri sendiri pun tak berapa baik. Dalam menjejak kesempurnaan, kita terlupa yang manusia itu sendiri tak ada yang sempurna. Kita berusaha dengan mengenal hati budi, kemudian berdoa kepada Allah jika benar inilah jodoh Allah tentukan, permudahkanlah jalannya, dan kemudian, bertawakkal, sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya.

Firman Allah S.W.T.“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)

Buat sahabatku, semoga Allah permudahkan segala urusan, dan semoga Allah temukan dengan jodoh yang baik. Insya-Allah, berbekalkan restu ibu ayah dan petunjuk dari Allah, aku harap apa jua keputusan yang dibuat akan membahagiakan hidupmu di dunia dan juga di akhirat kelak. :)

Sunday, January 15, 2012

PCOS

Like most mornings, after Subuh, I will log into Facebook. Most of the time, I have maybe 2-3 notifications, but today none. However, I found a rather 'interesting' wall post on a 'magic cream' which can help with PCOS, period irregularity and infertility. Hence, this wall post and this blog entry;


I had problems with my period since my early teens, and it became worse when I reached 20 years old, which led to a meeting with the GP. The doctor prescribed me with a 'drug' which would help with my period. The medication helped, but it also came with drastic weight gain. That was then. Apparently, my period became normal again for the next 5 years. I had the problem again when I reached 25, but this time I refuse to go to the GP and decided just to deal with it without doing anything about it. Then I got married at 26, and obviously we wanted to have kids as soon as possible. At that point, my period only come every 4-6 months. Finally, I decided to seek professional help. I didn't want to face the long waiting list in government hospitals, so I went for Pusrawi Jalan Tun Razak. I went to the appointment counter, and asked if I can make an appointment with any female OB/GYN in the hospital. They recommended Dr Adilah Ahmat, and booked my first appointment on the following week.


On the day, I had to wait for 4 hours for my appointment. I found out that Dr Adilah had almost 30 appointments just for that morning, and I was the 26th to check-in (I came at 9am as my appointment was at 10am, but apparently it didn't mean anything, as other patients were already there as early as 7.30). I discussed my problems with her, and she did a quick scan and almost immediately,I was diagnosed with PCOS (polycystic ovary syndrome). She booked me another appointment (longer session) to do further examination. On my next appointment, she did another scan, and she confirmed that it is PCOS, and then we talked about the best way to alleviate the problem. She recommended laparoscopic procedure called "ovarian drilling", and that was in February 2008, which meant nothing if I didn't have to fly to UK on the following month for my PhD. Hence, she booked me the next available 'surgery' which was Tuesday of the following week. 


The surgery went well (they even provide me with the video recording), and I had to go for 2 more appointments before my flight. I also had to go for a scan to determine whether there is any other complication and was prescribed Clomiphene to help with ovulation. On my second cycle after the surgery, I was pregnant with Mawaddah. Alhamdulillah. Allah has answered our prayers and blessed us with a healthy child.


Since I had Mawaddah, my period cycle is now normal and regular as it should be. Alhamdulillah.


I am no expert, and that was why I went to the people who ARE the experts. I just hate and disgusted by the idea of 'magic' creams/pills without any suggestions to seek professional help before you opt for so-called 'magic' solution. Personally, I would rather spend my money on a medically-certified procedure conducted by people who actually know what they are doing than some cream/pill promoted by people who don't have the slightest idea on what they are selling/promoting. 

I hope this entry will help those who are facing the same problem as I was. Insya-Allah. To others, I hope you will do the right thing when you have any form of medical/health problems. 

Till next entry. 

Thursday, January 05, 2012

Pengkritik tak bertauliah & berlesen

Akhir2 ni, suka pulak tonton drama/filem Melayu. Walaupun jauh beribu batu dari Malaysia, being a TV junkie since forever, I would say I'm well in touch with the current tv/movie scene in Malaysia. Aku takde la tgk semua, lagi2 slot akasia yang at least 24 episod tu. I think the only drama series yg aku mmg tgk dari episod 1 sampai habis was Nora Elena. Lepas Nora Elena, aku dh x follow sgt, kebanyakannya aku tgk episod awal (1-5) then 2-3 episod terakhir. Asal faham cerita, cukup. Tentang Dhia was no exception. I watched, probably the first 8 episodes, then decided to skip the remaining episodes until the last 3. I just didn't like the idea of watak baik asyik kena buli dgn watak jahat, dan yg baik ni selamanya naif dan defenseless, smpi tak ambil apa2 tindakan. I mean come on! Aku rasa dalam hal tu, ramai dah komen dalam facebook. To dwell on this matter would be simply pointless and redundant.




Dari segi filem, I think many would agree that Ombak Rindu is the most anticipated film of 2011. Aku rasa dari bulan 7 tahun ini, orang dah mula bercakap tentang filem ini, lebih-lebih lagi sebab Aaron Aziz yang akan bawa watak Hariz (thanks to Seth Tan in Nora Elena). I have my doubts on Maya Karin as Izzah. Sebabnya, dalam Ombak Rindu, Izzah adalah seorang gadis kampung Melayu, and obviously Maya Karin is far from Melayu (no offence to her fans). Selepas menonton lakonan Maya dalam Ombak Rindu, terbukti telahan aku benar. Izzah dalam filem adalah seorang gadis kampung yang memang asal usulnya di kampung, tapi bahasa Melayunya agak canggung, ada slang. Nonetheless, she did well in the film, lakonan Maya sebagai wanita teraniaya memang boleh dipuji. Lisa sebagai Mila, aku rasa ok la. Lagipun dalam Ombak Rindu, watak utama adalah Hariz dan Izzah, jadi sesiapa yang boleh bawa watak perempuan antagonis, boleh bawa watak Mila dengan berkesan. It seems that 2011 is Aaron's year; orang masih terkenangkan watak Seth Tan dalam Nora Elena, and I believe this has worked perfectly for Ombak Rindu with the growing pool of Aaron's fans. Aku pun minat Aaron dalam Nora Elena, tapi aku rasa ada lagi pelakon yang lagi bagus cuma mungkin kurang 'handsome' kalau nak dibandingkan dengan Aaron Aziz. Aaron sebagai Hariz, boleh lah. Macam Maya, Aaron berjaya bawa watak Hariz, Hariz dari Singapura (if you know what I mean). Dalam Nora Elena, Seth Tan adalah lelaki berketurunan Cina, jadi gaya percakapannya masih diterima, because it is expected that Seth Tan akan sedikit pelat dalam berbahasa Melayu. Hariz on the other hand, is totally a different character. Apa2 hal pun, apa yg penting tahap ke'handsome'an dan ke'macho'an lebih utama untuk menzahirkan watak Hariz. I think. Aku paling suka watak Bront Palarae. Lakonan Bront belum pernah lagi mengecewakan aku. Dia memang pelakon berbakat, walaupun dia taklah se'macho' atau se'handsome' Aaron Aziz. Nonetheless, aku tak sabar nak tgk filem Bunohan.


Apa yang membuatkan aku agak meluat dengan Ombak Rindu, ialah scene sensual yang aku rasa tak perlu pun elaborate sgt. Aku rasa penonton boleh faham tanpa dizahirkan perlakuan yang sememangnya tak berapa sesuai dipertontonkan sebegitu rupa. Penonton Malaysia dah biasa tgk filem Hollywood, and I believe they can understand simple gestures or body language leading to coitus. Let me put it this way, aku sebagai penonton boleh faham apa yang akan jadi seterusnya, bila lelaki & perempuan or suami & isteri pegang tangan, sengih2, malu2 beruk, lps tu masuk bilik tutup pintu. Tak perlulah sampai nak tunjuk baring atas katil, dengan kurang pakaian, peluk2. Seriously, these things yg merosakkan cerita. Perasaan cinta bukannya terbatas dengan sentuhan atau perlakuan fizikal. Aku rasa cinta tu lagi berkesan dan berbekas kalau digambarkan dengan kata2 dan perbuatan yg tak melibatkan sentuhan. Ambik cth Nora Elena. Hubungan Nora & Seth sebagai suami isteri pada aku tak menjengkelkan. Just enough to make us all drool for Seth and wish that all men/husbands can be like him. Tak perlu scene sentuhan kulit ke kulit. Hanya dengan mainan kata2 dan lenggok badan. I've read the novel more than once, dan apa yg membuatkan aku sukakan novel Ombak Rindu sememangnya bukan sebab babak-babak ranjang, dan mungkin ramai yang bersetuju.


As suggested by the title of this entry, I am pengkritik tak bertauliah & berlesen. Mungkin ada yang bersetuju, dan mungkin ramai jugak yg tak bersetuju. By all means, you are entitled to your opinion and maybe you can write about it sometime.


Until the next entry (entah la bila pulak nak update).

Friday, October 28, 2011

Perihal mendidik anak

Sekarang ni rasanya ramai bloggers yg menulis ttg anak, keluarga, etc. Kebanyakannya niat utk berkongsi pengalaman, kongsi masalah, bertukar pendapat, terutamanya dalam hal-hal membesarkan anak. Kebanyakan bloggers yg dimaksudkan adalah new mothers, jadi banyak la pengalaman baru yg nak dikongsi. Baguslah, moga kita sama2 belajar.

Saya sendiri baru 2thn 8bulan menjadi ibu. Apa yg boleh saya katakan, saya adalah seorang ibu yg garang, tapi taklah sampai tahap dewa. Saya akan marah Mawaddah kalau dia buat perangai yg pelik2, seperti menjerit2 tanpa sebab, baling2 mainan, baling2 makanan, buat aksi2 yg membahayakan diri sendiri. Kalau dia melawan balik ckp saya, saya akan pukul tgn dia (perlahan) atau cubit peha dia (pon perlahan, bhgn yg byk isi). Selalunya, Alhamdulillah, dia dengar kata. Kalau dia pukul2 or marah2 ayah (or saya) dia, saya akan suruh dia say sorry, salam, peluk dan cium ayah dia smpi dia buat. Alhamdulillah, setkt ni dia masih lg dgr dan menurut kata.

Mawaddah ni bknnya anak yg nakal. Most of the time, dia sgt independent, boleh main sendiri, dan x banyak kerenah. Jarang sebenarnya saya (atau ayahnya) marah2 dia. Dan dia senang adapt to changes, cth dulu dia pakai pacifier, once dia masuk nursery, saya dah x bagi pacifier. Dia ok je, taklah mencari or tanya pasal pacifier dia. Sekarang ni dlm proses minum susu dalam cup, bkn dalam botol. So far Alhamdulillah. Dia pon dah minum fresh milk (jimat duit.. :)), 2 kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur.

Saya merasakan membesarkan anak ni adalah satu proses yang unik; setiap dari kita ada kaedah, teknik, dan value yang berbeza yang kita cuba terapkan dalam diri anak2 kita. Mak ayah kita membesarkan kita dengan cara mereka tersendiri. Kita pulak kena cari kaedah yang sesuai dgn kita, and at the same time belajar dari pengalaman org lain. Setakat ini, kami selesa dengan cara kami. Mungkin akan ada yang berpendapat, kami terlalu berkeras dengan anak, tapi bak kata orang tua2 melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau ada yang x berpuas hati, silalah belek anak saya, kot2 la ada lebam kat mana2. Setakat ini, alhamdulillah, dia masih sihat, happy, ceria, dan nakal mcm kanak2 lain yang sedang membesar.

Saya tak berniat untuk mengajar, cuma berkongsi pengalaman. Yang baik semuanya datang dari Allah, yang kurang baik, itu kelemahan kami sebagai ibu ayah. Kami sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan urusan kami membesarkan Mawaddah dan anak2 yg akan datang. Kami berharap dia akan jadi insan yang lebih baik dari kami. Insya-Allah.







Sunday, September 25, 2011

Kata orang tua-tua

Ya, blog ini seperti hidup segan mati tak mahu. Ikut hati banyak saja yang hendak dikongsi, tapi otak malas hendak berfikir, dan jari malas hendak bergerak. Kata asasnya, MALAS.

Kali ini rasa terpanggil nak menulis. Sampai seru kot.

Saya memang seorang yang banyak bercakap. Ada orang panggil peramah, bahasa kasarnya becok. Entah, semula jadi kot. Sentiasa berusaha untuk menahan diri, lagi-lagi cakap hal-hal yang tak baik.

Kadang-kadang dalam kita bercakap, kita lupa tatasusila, lupa budi bahasa. Kita lupa nak jaga hati perasaan orang lain. Kita lupa untuk menjaga kehormatan diri. Kita lupa mengawal diri. Kita lupa untuk merendah diri.

Kata orang tua-tua; Ikut resam padi, makin berisi makin tunduk ke bumi.

Makin berilmu, seharusnya kita makin dekat dengan Allah. Lagi banyak kita belajar, makin kita sedar sebenarnya masih banyak yang kita tak tahu.

And I always believe, ilmu hanyalah ilmu bila ianya dikongsikan. Sebab ilmu itu bukan milik hakiki saya. Ianya milik Allah yang memberi ilmu dan ilham. Tapi itu saya. Saya yang tak berilmu tinggi, lagi-lagi bab-bab agama.

Saya hanya menulis untuk peringatan diri, bukannya untuk menuding jari pada sesiapa. Tapi kalau ada yang tersinggung, maaf dipinta.

Semoga ia menjadi peringatan untuk kita semua.

Insya-Allah.


Monday, August 15, 2011

I was one of them whom she met in Oxford

She was the 1st royal that I have met and talked to personally, and yet I feel she is the most humble and down-to-earth person and I have nothing but full of admiration towards her. 

http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=%2F2011%2F8%2F14%2Fcolumnists%2Fmindmatters%2F9299479&sec=mindmatters


She is such an inspiration. 


Bangga dengan Chancellor aku!  :)

Saturday, August 13, 2011

Ada apa dengan mimpi?

Hanim memandang ke arah James. Kebetulan, James sedang menghala pandangan ke arahnya, lalu mereka berbalas senyuman. Hatinya suka, "Tak salah kalau aku suka padanya, aku bukannya punya kekasih mahupun suami", kata hati Hanim. James mula mengorak langkah menuju ke tempat duduknya. Hanim rasa tak keruan, malu namun hatinya berbunga-bunga. "Mungkin dia pun sukakan aku," Hanim merasa perasaannya berbalas. Tiba-tiba hatinya teringatkan seseorang. Seseorang yang selalu hanya hadir dalam mimpi. "Kenapa nak diingatkan orang yang belum tentu kewujudannya? James ada di depan mata." Hanim cuba menghapuskan keraguan di hati.


Tiba-tiba bumi terasa bergegar kuat. Semua yang ada mula panik, mereka merasakan bahaya sedang menghampiri mereka. "Hanim, baik kita gerak sekarang, ini sajalah peluang kita untuk selamatkan diri", kata Ani, kawannya yang hanya memerhati sebentar tadi.


"Macam mana dengan James?"


"Hanim, percayalah hati kau sebenarnya sudah dimiliki, dan sudah sampai masanya untuk kau bersamanya kembali,"


Hanim keliru, "siapa yang dimaksudkan Ani? Adakah dia yang aku mimpikan selama ini? Siapa dia sebenarnya, dan benarkah dia yang memiliki cintaku?".


"Mari Hanim, kita tak ada masa lagi." Ani mendesak, gegaran semakin kuat. Kelihatan pasukan penyelamat mula memberikan arahan untuk meninggalkan tempat itu. James sudah tidak kelihatan. Pada ketika itu, Hanim hanya memikirkan keselamatan dirinya.


"Mari Hanim, kita mesti cepat, hanya dia harapan kau sekarang."


"Siapa dia Ani?"


"Nanti kau akan tahu Hanim."


Hanim hanya menurut langkah Ani, yang semakin lama semakin laju. Hanim menoleh, kelihatan bangunan di belakangnya mulai runtuh dan ramai yang bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Langkah Hanim semakin deras mengenangkan nyawanya yang terancam.


"Hanim, cepat! Kita dah nak sampai ni."


"Tapi kita nak ke mana ni, Ani?"


"Tempat yang selamat."


"Kau pasti? Macam mana kau boleh tahu semua ni Ani?"


"Semua persoalan akan terjawab. Kau cuma perlu ikut aku saja sekarang", tegas Ani.


Akhirnya mereka tiba di tempat yang dituju. Kawalan keselamatan tampak ketat, namun mereka dibenarkan masuk, termasuk beberapa pelarian lain yang bersama mereka. Hanim masih dapat mendengar bunyi gegaran yang menghambat dia dan Ani ke sini. Hatinya merasa lega. Dalam masa yang sama, dia merasakan seperti dia kenal tempat ini. Bayangan mimpinya datang kembali. "Tempat apa ini sebenarnya?"


"Hanim, mari. Kita kena jumpa seseorang." Hanim menurut, perasan ingin tahu semakin kuat. Nalurinya kuat mengatakan orang yang dia igaukan selama ini, ada di sini.


"Ani, Alhamdulillah kau selamat." sapa seorang lelaki. Ani pantas memeluk erat lelaki itu. "Siapa dia? Masakan Ani tanpa segan silu memeluk lelaki sebarangan."


"Hanim, ini Ali, suamiku". Hanim terkejut, selama ini dia tidak pernah tahu yang Ani sudahpun berumahtangga,


"Dan ini......" Hanim memandang ke arah lelaki di belakang Ali. Lelaki itu mirip lelaki dalam mimpinya. "Tak mungkin! Siapa dia?" Hati Hanim jadi sayu bila terpandang wajahnya; hatinya terasa dekat dengan lelaki itu.


"Hanim?" Lelaki itu bersuara.


Hanim terkedu. "Macam mana dia tahu nama aku? Siapa dia sebenarnya?!"


"Sudah la Azim, dia masih keliru lagi. Hanim apa kata kau rehatkan diri dulu dalam bilik ini." Ani mencelah, sambil menunjukkan bilik di sebelah kanannya. Hanim menuruti langkah Ani. Sebaik sahaja dia masuk ke bilik itu, dia terpandang sekeping foto di atas meja. Kelihatan dia dan lelaki tadi sangat intim. Hanim bertambah keliru. Lantas dia memejamkan matanya, cuba mencari jawapan dalam benak ingatannya.


"Hanim, Abang rindukan Hanim, Abang tak pernah lupakan Hanim." Kedengaran suara lelaki tadi di belakangnya. Perlahan-lahan Hanim memalingkan tubuhnya.


"Abang? Abang Azim?" Hanim pantas merangkul susuk tubuh yang kini berada dekat dengannya. Air matanya mengalir deras. Inilah cinta hatinya yang dia rindukan selama ini.
 ________________________________________________________________________________


Pastu, aku terjaga dari tidur. Astaghfirullahalazim! dah pukul 8.00pg rupanya. Ya, semua di atas adalah penceritaan semula mimpi aku (ada la yg aku tokok tambah, nak bagi cerita ni nampak logik dan berstruktur sikit). Macam drama swasta pun ada. Clearly, Hanim or Ani tu bukan aku, dan watak-watak dalam mimpi aku takde kena mengena dengan yang hidup mahupun dah mati. Pure imagination!


Aku frust sebenarnya, sbb x tau sebab apa Hanim & Azim boleh terpisah sebelum tu. Kalau dapat sambung malam ni, best jugak. Heheheh.. (eerr.. mcm mustahil jek..).


-bahana melayan cerita melayu yang melampau..-

Sunday, June 19, 2011

2 bulan sudah.

Apa yang berlaku sepanjang 2 bulan lepas?


A. Bulan Mei


1. Aku dapat tahu 2nd supervisor mengandung, dah 32 weeks pun. Sebelum ni aku macam perasan the bulging tummy, tapi aku segan la nak tanya sampai la dia yang sendiri beritahu. She will be taking her maternity leave in early July 2011 dan akan kembali bertugas in Spring 2012. Kawan sesama supervisor, Veronika (German) sudah panik. Aku? Panik juga, tapi supervisor masih ada. Cuma dia ni SUPER busy. Semoga Allah permudahkan urusan belajar aku ni. 


2. Aku dapat email dari UNRISD (United Nation Research Institute for Social Development), invitation for conference paper on the topic of Green Economy and Sustainable Development: Bring back the social dimension. Conference in Geneva, Switzerland. Topik conference macam tak kena dengan research aku, rasanya lebih relevan untuk Hisyam. He submitted his abstract on the 15th, and if accepted, will be asked for the full paper on the 15th of June. Harap-harap diterima. Boleh tumpang sekaki. Btw, presenter will be paid for; accommodation, transportation. How cool is that? 


3. Akhirnya, dapat surat kelulusan UTM untuk lanjutan biasiswa & cuti belajar. Only for the next 6 months beginning from Mar 2011. Initially, applied for a year, and supervisor pun dah setuju. Oleh sebab prosedur permohonan kena mohon 6 bulan pertama, dan kemudian 6 bulan kedua, terpaksa lah aku menghadap supervisor minta dia isi balik borang dan laporan kemajuan. Hari tu pun, dia dah bising sebab borang berjela-jela, ni nak minta isi benda yang sama pula. Aku malas nak fikir lagi, nanti-nantilah.




B. Bulan Jun


1. Alang-alang sewa kereta untuk biometric appointment in Croydon, kami terus lajak ke Stoke-on-Trent, Salford, Newcastle, Edinburgh & Glasgow. From Thursday 2 June, till Monday 6 June. Hasilnya? Dapat jumpa kawan-kawan yang baik hati, dapat tengok tempat orang yang 10x ganda lagi best dari tempat sendiri, beberapa set Corelle, Tefal, Johnson Brothers & Pyrex. Corelle untuk mak & mak mertua (dan diri sendiri). Tefal untuk wedding gift adik Julai ni. Harganya murah dari harga biasa, sebab tu beli. :) 


 Johnson Brothers = £39.40 (total)


 Corelle = £48 each (square) & £36 each (round)


 In Edinburgh city centre


3 sekawan - Aisya, Adlyna, Mawaddah



Us, Manchester City ground



Disney Store, Trafford Centre



 Newcastle city centre


 Falkirk Wheel



 Edinburgh city centre



  Old Trafford



2. Terkena jangkitan Nora Elena. Jangkitan 'Seth Tan'. Mcm mana boleh terjangkit? Lepas baca entri by Marliza in her blog. 'Seth Tan' is without a doubt, a fictional character. Too good to be true, bak kata orang Putih. Sekali sekala melayan angan-angan, seronok juga. The last cerita melayu bersiri yang aku follow, Nur Kasih. Lama dah tu. At the same time, mula layan telemovie Melayu. Nonton Kashaf Imani, terus suka tengok Beto Kusyairy berlakon. Teringat zaman-zaman remaja dulu. Jangan terkejut, Juvana pun aku layan. Menghilang rindu nak dengar perbualan dalam Bahasa Melayu, plus the fact that kat sini, CSI: Crime Scene Investigation Season 11, CSI New York Season 7, Criminal Mind Season 6 & Glee Season 2 dah habis. Ye, aku memang hantu TV. Sejak dulu, sejak sekolah lagi. Tanya la sesiapa yang rapat dengan aku kat STF dulu. Penghuni tetap common room. 


3. Alhamdulillah, permohonan visa extension diluluskan, dapat sampai Dec 2012. Akhirnya dapat tempah tiket balik ke Malaysia for my bro's wedding in July. Terbang ke KLIA 5 July,  pulang ke Heathrow 27 July. Naik Cathay Pacific. Don't know what to expect, hopefully the same if not better than Emirates. Belum beritahu supervisor lagi, selamba. Harap-harap dia restu. :)


4. Kereta aku telah dicopet di LRT Kelana Jaya. Adik aku yang pakai pergi kerja. Baru pakai setahun lebih, finance pun belum habis lagi. Alhamdulillah, boleh claim insurans, moga-moga dapat cover baki finance. Dah bukan rezeki kami. Insya-Allah, ada la rezeki yang lain. 




Makin lama makin liat nak update blog. Laman sesawang dah kembali bersawang. Akan cuba update lebih konsisten selepas ini. 


Till the next entry.