A. Bulan Mei
1. Aku dapat tahu 2nd supervisor mengandung, dah 32 weeks pun. Sebelum ni aku macam perasan the bulging tummy, tapi aku segan la nak tanya sampai la dia yang sendiri beritahu. She will be taking her maternity leave in early July 2011 dan akan kembali bertugas in Spring 2012. Kawan sesama supervisor, Veronika (German) sudah panik. Aku? Panik juga, tapi supervisor masih ada. Cuma dia ni SUPER busy. Semoga Allah permudahkan urusan belajar aku ni.
2. Aku dapat email dari UNRISD (United Nation Research Institute for Social Development), invitation for conference paper on the topic of Green Economy and Sustainable Development: Bring back the social dimension. Conference in Geneva, Switzerland. Topik conference macam tak kena dengan research aku, rasanya lebih relevan untuk Hisyam. He submitted his abstract on the 15th, and if accepted, will be asked for the full paper on the 15th of June. Harap-harap diterima. Boleh tumpang sekaki. Btw, presenter will be paid for; accommodation, transportation. How cool is that?
3. Akhirnya, dapat surat kelulusan UTM untuk lanjutan biasiswa & cuti belajar. Only for the next 6 months beginning from Mar 2011. Initially, applied for a year, and supervisor pun dah setuju. Oleh sebab prosedur permohonan kena mohon 6 bulan pertama, dan kemudian 6 bulan kedua, terpaksa lah aku menghadap supervisor minta dia isi balik borang dan laporan kemajuan. Hari tu pun, dia dah bising sebab borang berjela-jela, ni nak minta isi benda yang sama pula. Aku malas nak fikir lagi, nanti-nantilah.
B. Bulan Jun
1. Alang-alang sewa kereta untuk biometric appointment in Croydon, kami terus lajak ke Stoke-on-Trent, Salford, Newcastle, Edinburgh & Glasgow. From Thursday 2 June, till Monday 6 June. Hasilnya? Dapat jumpa kawan-kawan yang baik hati, dapat tengok tempat orang yang 10x ganda lagi best dari tempat sendiri, beberapa set Corelle, Tefal, Johnson Brothers & Pyrex. Corelle untuk mak & mak mertua (dan diri sendiri). Tefal untuk wedding gift adik Julai ni. Harganya murah dari harga biasa, sebab tu beli. :)
Johnson Brothers = £39.40 (total)
Corelle = £48 each (square) & £36 each (round)
In Edinburgh city centre
3 sekawan - Aisya, Adlyna, Mawaddah
Us, Manchester City ground
Disney Store, Trafford Centre
Newcastle city centre
Falkirk Wheel
Edinburgh city centre
Old Trafford
2. Terkena jangkitan Nora Elena. Jangkitan 'Seth Tan'. Mcm mana boleh terjangkit? Lepas baca entri by Marliza in her blog. 'Seth Tan' is without a doubt, a fictional character. Too good to be true, bak kata orang Putih. Sekali sekala melayan angan-angan, seronok juga. The last cerita melayu bersiri yang aku follow, Nur Kasih. Lama dah tu. At the same time, mula layan telemovie Melayu. Nonton Kashaf Imani, terus suka tengok Beto Kusyairy berlakon. Teringat zaman-zaman remaja dulu. Jangan terkejut, Juvana pun aku layan. Menghilang rindu nak dengar perbualan dalam Bahasa Melayu, plus the fact that kat sini, CSI: Crime Scene Investigation Season 11, CSI New York Season 7, Criminal Mind Season 6 & Glee Season 2 dah habis. Ye, aku memang hantu TV. Sejak dulu, sejak sekolah lagi. Tanya la sesiapa yang rapat dengan aku kat STF dulu. Penghuni tetap common room.
3. Alhamdulillah, permohonan visa extension diluluskan, dapat sampai Dec 2012. Akhirnya dapat tempah tiket balik ke Malaysia for my bro's wedding in July. Terbang ke KLIA 5 July, pulang ke Heathrow 27 July. Naik Cathay Pacific. Don't know what to expect, hopefully the same if not better than Emirates. Belum beritahu supervisor lagi, selamba. Harap-harap dia restu. :)
4. Kereta aku telah dicopet di LRT Kelana Jaya. Adik aku yang pakai pergi kerja. Baru pakai setahun lebih, finance pun belum habis lagi. Alhamdulillah, boleh claim insurans, moga-moga dapat cover baki finance. Dah bukan rezeki kami. Insya-Allah, ada la rezeki yang lain.
Makin lama makin liat nak update blog. Laman sesawang dah kembali bersawang. Akan cuba update lebih konsisten selepas ini.
Till the next entry.