Love you guys!
Saturday, March 09, 2013
Monday, February 25, 2013
Tuesday, November 13, 2012
Jalan-Jalan @aquaria KLCC (foto)
Menikmati hari cuti membawa Mawaddah dan Mak Usu berjalan-jalan ke aquaria @KLCC. Mawaddah ingin merasai pengalaman naik pengangkutan awam di Kuala Lumpur, jadi kami memutuskan untuk naik LRT (Damai-KLCC).
Bilangan pengunjung ramai (cuti sekolah dan dekat dengan cuti umum), tapi masih agak selesa untuk kami ber-4 bergerak. Mula-mula Mawaddah sangat takut dengan haiwan (ikan, serangga, ular, katak dan sebagainya), tetapi di akhir (pertunjukan beri ikan makan) telah mengurangkan sedikit rasa takut dia pada ikan yang hidup. Harga tiket boleh didapati pada laman web Aquaria, dan ada promosi bersempena Cuti Deepavali.
Sunday, June 24, 2012
Jualan Buku Kanak-Kanak
Untuk menempah, sila nyatakan No. KOD produk. Bilangan buku terhad!
*BKK-06 - sold to Yuda
*BKK-15 - sold to Parg
Friday, June 01, 2012
Antara adat dan sunnah
Sebenarnya, sudah lama ingin menulis tentang isu ini, tapi bila difikir-fikirkan, dengan ilmu yang tak seberapa, ada baiknya saya kepilkan pendapat dan nasihat orang yang lebih arif. Buat tatapan semua, bersama-samalah kita kembali mengimarahkan amalan sunnah Rasullah yang semakin dilupakan. Insya-Allah.
Masyarakat perlu faham untuk elak khurafat dan syirik
WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Jun 2012
Biar mati anak jangan mati adat. Itulah pepatah sering digunakan nenek atau emak kita apabila berbicara mengenai sesuatu perkara melibatkan adat diamalkan. Bagi masyarakat Melayu, adat menjadi antara pegangan hidup mereka sehingga sanggup mengetepikan darah daging daripada adat.
Adat sebenarnya tidaklah salah diamalkan, tetapi janganlah sehingga perkara karut mengarut dan lari daripada landasan agama mahu terus diamalkan. Jika diteruskan juga amalan dan kepercayaan itu boleh jatuh kepada khurafat serta syirik.
Penceramah bebas, Haslin Baharin berkata, dalam masyarakat Melayu terdapat adat tertentu misalnya lenggang perut, cukur jambul, naik buai sehinggalah ketika tanam uri.
Menurutnya, dalam Islam tidak dinyatakan semua adat berkenaan yang perlu diamalkan selain apa yang termaktub dalam al-Quran dan sunah.
“Adat adalah amalan daripada nenek moyang terdahulu berkaitan dengan budaya masyarakat lain seperti India yang dibawa ke negara ini dan mula diamalkan masyarakat Melayu.
"Apabila ia menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat tersebut, maka untuk membuangnya bukanlah perkara mudah. Ada kalanya, amalan tersebut mendatangkan pergaduhan,” katanya pada Forum Perdana Amalan Syirik dan Khurafat Dalam Konteks Adat Masyarakat Melayu baru-baru ini.
Isu tanam uri
HASLIN berkata, antara situasi sering berlaku dan boleh menyumbang kepada khurafat adalah kaedah menguruskan uri yang keluar bersama bayi ketika saat kelahiran untuk ditanam.
“Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat ialah menanam uri bersama pensel dan buku serta meletakkan paku dan benda tajam bersama uri yang ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati ‘benda-benda halus’.
“Selain itu, ada juga perbuatan memasang pelita berhampiran tempat tanam uri kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam. Oleh itu amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat dan syirik,” katanya.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH tiada mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.
Sesiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Surah An-Nisa’: 48). Haslin berkata, sebenarnya hukum menanam uri bayi adalah harus kerana uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
“Uri orang Islam juga suci justeru tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing.
“Merujuk kepada amalan sesetengah masyarakat yang membasuh uri tersebut terlebih dahulu dengan asam keping dan garam, saya berpendapat ia harus bagi menghilangkan bau pada uri tersebut,” katanya.
Haslin berkata, satu lagi permasalahan sering dihadapi masyarakat Melayu mengenai upacara dijalankan ketika majlis cukur jambul yang kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.
“Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad SAW. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada masyarakat India yang beragama Hindu.
“Dalam Islam hanya ada istilah mencukur rambut dan ia digalakkan sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut
baru tumbuh dengan sihat,” katanya.
Sunah Rasulullah
MENGIKUT sunah kata Haslin, apa yang dilakukan Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.
Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.
“Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak hingga botak.
“Sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul hanyalah sebagai adat dan tradisi yang dilakukan sejak turun-temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa,” katanya.
Justeru, katanya, memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
“Upacara cukur rambut juga tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.
“Oleh itu, masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain,” katanya.
Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini.
Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.
Sumber: Sinar Harian 1 Jun 2012

Monday, May 28, 2012
Singgah @Jeram
Hari Sabtu yang lepas, kami ber-5 berkesempatan berkunjung ke kampung Tok 'Nde Mawaddah yang tinggal di Jeram, Kuala Selangor. Tok 'Nde memang dikenali dengan kerajinannya mengusahakan pelbagai kegiatan ekonomi kampung terutama berladang sawit dan menternak (kambing, lembu, itik, ayam kampung dan angsa).
Kesemua aktiviti ini hanya dijalankan di sekitar rumah beliau. Kami pernah membawa Mawaddah ke rumah Tok 'Nde sebelum ini, tetapi mungkin banyak yang dia sudah lupa kerana waktu itu dia masih kecil. Kali ini, kami bawa Mawaddah meninjau-ninjau "zoo mini" milik Tok 'Nde.
Memandangkan "obsesi" Mawaddah adalah bermain telinga, tentulah dia geram melihatkan telinga-telinga kambing belaan Tok 'Nde yang panjang dan "berpotensi" itu!
Telinga kambing yang labuh dan panjang....
Mawaddah menengok anak kambing sedang menyusu...
Atuk pun turut turun padang...
Nanti Mawaddah datang lagi untuk pulas telinga kambing-kambing ni...
Monday, April 30, 2012
27 days later
I left this 27 days ago.
And, came home to this.
No regrets.
Though, I wish people could be more considerate;
Give way people!!!
Be more courteous (and have more patience);
Please wait in line. (Macam die sorang nak cepat sampai..)
Apparently, NO.
Be more respectful to one another.
I am not at either sides. Personally, it could be handled better.
Despite all the above, home has been, and forever will, where the heart is.
Malaysia oh Tanah Airku.
Subscribe to:
Posts (Atom)